Wednesday, September 30, 2009

TEMPAHAN UTK TUDUNG BARU DITANGGUHKAN SEMENTARA

Photobucket

Salam buat Semua.

Berceloteh lagi nampaknya. Tempahan masuk berhelai helai sehingga tak sempat nak update blog pun....dan terpaksa saya tangguh dulu tempahan individu kerana tempahan butik terlalu byk mencapai 300 helai...moga moga dapat disiapkan kerana stok mereka dah habis sebelum Hari Raya lagi. Ada yg datang 2 hari sebelum raya utk menempah 50 helai lagi...huissh...terpaksa ditolak..kalau ambil juga...alamat tak beraya ler nampaknya. Ingat lepas raya boleh ler rehat....raya keempat tokeh tokeh butik dah tepon..tudung2 mereka dah habis. Sesekali pk...bagus juga cadangan kawan kawan tentang konsortium tu. Kepada pelanggan individu, sekiranya anda tidak sanggup menunggu...SILA BUAT TEMPAHAN PADA RAKAN RAKAN SAYA...YG SAYA LINK BLOG MEREKA DI SINI. Jahitan mereka cantik dan InsyaAllah berpuas hati.

First time dlm sejarah hidup saya, saya tidak sempat mengemas rumah dan terus balik kampung dan juga tidak sempat buat biskut biskut seperti lazimnya saya buat tahun tahun yang lalu. Tentulah saya buat biskut biskut kegemaran anak anak dan husband...tp tahun ni terpaksa tunjuk2 je. Ada sesuatu yg saya rasakan kehilangan tahun ni, bergurau senda dengan keluarga, bermain bunga api di malam2 ramadan bersama anak2, bergolek golek atas katil....terawih pun cam kusyuk je (risau tudung2 org tak siap), ...saya harus buat sesuatu dan tentulah menambah pekerja saya.

Saya juga tak sempat nak upload kain baru dari Korea....yg mmg design kali sgt classic. Lagipun kalau upload skrg membuat pelanggan terliur jer. Bagi saya 3 minggu lagi....dan insyaAllah saya akan buka balik tempahan individu. Jangan risau...ujung bulan ni...anda semua dapat kain lagi baru...kerana saya akan ke Vietnam tgh bulan ni...utk mencari kain kain yang cantik dan istimewa HANYA UTK PELANGGAN NU'UR HUSNA.

Dalam kepala ni, byk nak dibuat, tudung Nu'ur Shuhada (tudung ni dapat sambutan terutama dipakai dengan brocade bersama batu swaroski), Tudung Siti Rania (tudung ni saya hanya sempat buat 25 helai utk Butik shj), Tudung Nu'ur Najwa (tunggu kedatangannya) dan mcm mcm tudung lagi. Kesabaran pelanggan amat saya harapkan....jangan push push tau...nanti tudung siap tak cantik sebab pressure...hehehhehe. Terima kasih.

Tuesday, September 15, 2009

TUDUNGKU YG KE 2000 & SELAMAT HARI RAYA

Photobucket
..model officemate yg mmg comel

Dalam sedar atau tidak...dlm buku rekod tempahanku, rupanya saya sudah mengeluarkan produk yang ke 2000. Terharu sekejap ...terkenang sokongan yg diberikan oleh pelanggan2 saya. TERIMA KASIH kepada Butik-Butik yang memberi kepercayaan kepada perkhidmatan saya, daripada Isteri CEO, Datin Datin, rakan rakan dari Office, Cikgu Cikgu dimana jua anda berada, kawan2 sekolah, kawan Alumni sehingga ke Ahkak2 Cleaner Office yang tidak pernah berhenti menempah dari saya. Ni semua tempahan dari Offline Customer. Tanpa anda, saya tidak berjaya seperti apa yang saya capai sekarang. Bukan nilai wang ringgit jadi buruan tapi dlm perniagaan, kepuasan dapat memberi khidmat yang terbaik pun dah cukup memberi kegembiraan pada saya.

Saya bermula dengan Zero knowledge pasal hal tudung2 ini. Tapi saya ada ANDA iaitu rakan2 yang byk memberi sokongan, samada rakan DIY yg banyak memberi tunjuk ajar mahupun rakan sepejabat yg selalu order utk memperbaiki mutu produk saya kerana terkadang saya selalu kurang yakin dengan apa yang selalu buat. Namun saya selalu berfikiran positif dan ingin melakukan yang terbaik kerana "KALAU ANDA BERIKAN YANG TERBAIK, ADA MENERIMA YANG TERBAIK JUGA" dan "IKHLAS" juga amat penting dalam perniagaan. Dulu saya sgt sensetif atas apa yang orang lakukan pada saya, tapi kini tidak kerana saya mula tanamkan dlm minda saya, mereka semua manusia biasa. Jika ada apa-apa pun saya tak mahu menyimpan didalam hati supaya rasa diri saya bebas dari dendam, iri hati atau khianat dan sewaktu dengannya kerana kalau ada ini, kita tidak akan pernah berpuas hati dan sengaja membawa bebanan diri yang akhirnya menjadikan kita letih.

IKHLAS itu adalah akar rezeki dalam perniagaan...kerana itulah pembuka rezeki saya yang luas ini sehingga saya tidak pernah berfikir saya boleh dapat berkenalan dengan pelanggan2 dari seluruh pelusuk Malaysia juga Sabah dan Serawak malah dari Brunei Darusalam. Saya sematkan iaitu REZEKI MEMANG DITANGAN ALLAH SWT...bukan sesekali di tangan manusia w/pun yang menghulur wang ringgit itu dari manusia. Saya tidak menaruh tanggapan sedikit pun pada manusia kerana bagi saya (lalu jgn terlalu berharap2 kpd manusia, kerana kita akan kecewa ), sekiranya ada REZEKI atas izin DIA....maka tiada siapa dlm dunia ini sekali pun stemroll atau kereta kebal menghalangnya. Lalu apa perlu berkhianat dlm perniagaan????

Uisshh...byk bebelan ku kali ini. Mungkin penat menyiapkan tudung2 utk Hari Raya ini. (Huhuhu...lepas raya pun dah ada menunggu). Hakikat hidup ini, kekadang indah dipandangan mata kita, tapi tidak indah dipandangan mata orang....lalu pandanglah dengan mata hati....maka setiap yang ada lakukan jadi ikhlas. Sebagaimana anda tidak suka orang melakukannya pada anda, lalu jangan lakukannya utk orang lain juga...

Akhirkata....terima kasih yang tidak terhingga pada ANDA semua. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN...sekiranya ada jenaka saya dan terlangsung kata yang menyentuh hati dan perasaan anda. Juga mana mana yang balik kampung yg jauh jauh tu..berhati hati di Jalan Raya...dan jaga diri selalu.

Kepada rakan rakan DIY, jangan patah semangat....kerana anda semua sebenarnya telah berjaya w/pun byk rintangan dari luar sana.

Note : Katak Pekak cuba menuju Puncak...

p/s...dan dan tu ler plak mesin jahit tepiku semput...mcm nak minta tukar baru jer..err errr mana mana yg lom sempat jaet...maafkan saya, mesin dlm workshop skrg. Jangan kuatir..tunggukan kain kain klasik terbaru dari negerinya Winter Sonata...

Friday, September 4, 2009

SECARA TIBA2 AKU JADI MALU DAN TERGAMAN LIDAHKU

KISAH ROZITA - SENDAYU TINGGI
(utk hamba hamba yang tahu bersyukur)

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Nota : Lalu aku...siapalah aku ini, ntah miskin didunia, ntah miskin diakhirat jua. Ku mohon padaMU, agar aku kekal dlm kasihsayangMU dan RahmahMU juga.