Sunday, March 13, 2011

Persatuan Usahawan & Pereka Busana Muslim (AMAED) 12 March 2011

Rasa Penuh Syukur ke hadrat Allah swt kerana diberi peluang menjadi ahli kepada Persatuan Usahawan & Pereka Busana Muslim (AMAED) 12 March 2011.

Perjumpaan Pertama dan Mesyuarat Agung Pertama bagi AMAED. Saya ditelefon oleh seseorang utk menyertai AMAED. Pada mula amat berat hati utk menyertainya almaklumlah, kita berniaga kecil kecil, bertatih kadang2 tersembam jatuh...nak diletak bersama sama designer2 hebat, serta usahawan usahawan berjaya seperti Puan Mona Din (Hajaba) serta Puan Suriayani (Pearl Haya), Najjah, Aida Khalidah dan beberapa lagi butik handalan termasuk Ninakifli, JarumMas dll tidak tersebut disini. Butik kita ciput jer...nun tercorok di Seksyen 7, Shah Alam. Namun begitu atas semangat yg diberi oleh Dato' Raja Shah Rezza (Pengerusi AMEAD), kami rasa bangga pula kerana dipilih menyertai AMAED. Beliau juga berjanji akan cuba menolong usahawan2 kecil seperti kami utk mengetengahkan busana muslimah kami dinegara sendiri malah diluar negara melalui IFF atas design tersendiri dan punyai originality. Yg pasti tentulah menutup aurat.

Usahawan yg mempunyai perniagaan berdaftar (butik sendiri dan designer yg berunsurkan muslimah) yang berminat menjadi ahli, bolehlah email kepada saya.

Barisan Ahli JawatanKuasa
Photobucket

Bersama Tokeh Butik Hajaba Puan Mona Din
Photobucket

Bersama Tokeh Butik Tudung Pearl Haya
Photobucket

Bersama Tokeh Najjah - Puan Farah Adeeba
Photobucket

Bersama Aida Rahim pemilik Butik AidaKhalidah
Photobucket

p/s saya tiada punya apa apa berbandingkan dengan mereka semua...tp saya punyai semangat yg besar mungkin lebih besar drpd semangat yg mereka ada..insyaAllah..namun mendongak tingginya langit biru.. masih tetap memandang rumput yg menghijau dibumi..

5 comments:

  1. alhamdulillah...syukur selangkah demi selangkah sudah membuahkan hasil. semoga terus berjaya dan berkembang dalam bidang fesyen muslimah ni.
    psssttttt...jeles laaa tengok bergambo dengan aida khalidah..my favourite tuuu..wahhhh dengan jutawan mona din lagi gitu....

    ReplyDelete
  2. Wow....ehem2...ni jeles ni....
    tahniah kerna terpilih...
    syukur alhamdulillah..semoga akak berjaya
    menggapai Impian akak tuh k...
    Good Luck...:)))

    Korang nak Tengok Kain Ela Cantik Menawan Tak?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah....teruskan usaha..

    ReplyDelete
  4. kak kee...tahniah ye!!! semoga berjaya dlm biznes. jeles lar awak bergambo dgn farahh adeeba!!!

    ReplyDelete
  5. salam. macamana sy nak dapatkan contact AMAED?

    ReplyDelete