Perjumpaan Pertama dan Mesyuarat Agung Pertama bagi AMAED. Saya ditelefon oleh seseorang utk menyertai AMAED. Pada mula amat berat hati utk menyertainya almaklumlah, kita berniaga kecil kecil, bertatih kadang2 tersembam jatuh...nak diletak bersama sama designer2 hebat, serta usahawan usahawan berjaya seperti Puan Mona Din (Hajaba) serta Puan Suriayani (Pearl Haya), Najjah, Aida Khalidah dan beberapa lagi butik handalan termasuk Ninakifli, JarumMas dll tidak tersebut disini. Butik kita ciput jer...nun tercorok di Seksyen 7, Shah Alam. Namun begitu atas semangat yg diberi oleh Dato' Raja Shah Rezza (Pengerusi AMEAD), kami rasa bangga pula kerana dipilih menyertai AMAED. Beliau juga berjanji akan cuba menolong usahawan2 kecil seperti kami utk mengetengahkan busana muslimah kami dinegara sendiri malah diluar negara melalui IFF atas design tersendiri dan punyai originality. Yg pasti tentulah menutup aurat.
Usahawan yg mempunyai perniagaan berdaftar (butik sendiri dan designer yg berunsurkan muslimah) yang berminat menjadi ahli, bolehlah email kepada saya.
Barisan Ahli JawatanKuasa

Bersama Tokeh Butik Hajaba Puan Mona Din

Bersama Tokeh Butik Tudung Pearl Haya

Bersama Tokeh Najjah - Puan Farah Adeeba

Bersama Aida Rahim pemilik Butik AidaKhalidah

p/s saya tiada punya apa apa berbandingkan dengan mereka semua...tp saya punyai semangat yg besar mungkin lebih besar drpd semangat yg mereka ada..insyaAllah..namun mendongak tingginya langit biru.. masih tetap memandang rumput yg menghijau dibumi..