Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Maaf kerana tidak sempat mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada pelanggan NuurHusna. Dengan kesempatan ini NuurHusna mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan Maaf Zahir Batin dan juga...halalkan apa yg terlebih dan terkurang dlm jualbeli antara kita. NuurHusna tidak sempat nak mengupdate blog kerana kesibukan terlampau menerima tempahan diluar dugaan sebelum ramadan disamping menyediakan tudung2 readymade utk booth tempohhari. Sehingga kini w/pun Syawal, NuurHusna masih tidak berhenti henti lagi menerima tempahan....dan syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia rezeki yg tidak terhingga ini. (Kekadang terfikir dlm fikiran....apakah yg telah aku lakukan...sehingga DIA tidak pernah putus putus memberi rezeki yg melimpah ini...kalau aku tau....nescaya aku akan lakukannya selalu).

Pengalaman NuurHusna membuka booth pada ramadan yg lalu, telah membuka mata NuurHusna supaya lebih maju lagi. Patutlah org berebut rebut utk dapatkan bazaar ini...cuma terkilan...(idak deme berebut rebut utk buat ibadat plak dlm bulan ramadan yerr). Benarlah kataNYA 9/10 pendapatan adalah melalui perniagaan. Atas nasihat seorang peniaga yg telah berkecimpung dlm perniagaan pakaian selama 15 tahun (jutawan pun)utk maju kita perlu mengubah corak perniagaan dengan melebarkan sayap serta committed. Dan paling penting....tanggungjawab sebagai hamba ALLAH jgn abaikan. (Takde maknenye kolo kaye, tp tuhan dilupe). Oleh yg demikian, NuurHusna telah membuka sayapnya dengan menambah koleksi2 tudungnya juga busana busana terbaru yg diimport dari luar negara. Tambahan NuurHusna kini telah ditawarkan booth2 tetap di sekitar lembah Kelang. Bukan sekadar pelanggan diluar sana.....jiran2 satu perumahan pun jadikan rumah NuurHusna sebagai Butik Pilihan mereka...:)

Atas segalanya ini...NuurHusna mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH YG TIDAK TERHINGGA di atas sokongan anda semua....tanpa ANDA...apa ler NuurHusna ada.

Utk membuka sayap dengan lebih lebar....nampaknya NuurHusna bakal terbang jauh lagi.

Sekian. Selamat Hari Raya. Salam.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


p/s...nanti boh gambarr...utk jamu mata...InsyaALLAH.

2 comments:

  1. Salam

    Tahniah di atas kejayaan demi kejayaan yang ditempa dalam sekelip mata. Kepayahan dalam mengatur langkah dalam bidang perniagaan ini telah membuahkan hasil, inilah berkat kesabaran, keikhlasan serta kejujuran yang diterapkan dalam perniagaan ini. Insyaallah, satu hari nanti akan berkembang lagi bidang perniagaan ini di serata pelusuk negeri

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Kak Zu

    U r always behind and support me. Segala kata kata itu akan daku sematkan dlm dada. InsyaAllah. Berkali kali baca tu...

    ReplyDelete