Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Utk jamu mata

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Sudah sebulan saya tidak mengemaskini blog saya. Buat masa ini saya terlalu sebuk menyiapkan tempahan tudung daripada kawan2, juga menyediakan tudung readymade utk booth Ramadan saya yg berada di Lobby Alam Sentral, Shah Alam. (Lorong Bazaar Ramadan). Kalau ingin memiliki keluaran tudung NuurHusna, silalah berkunjung ke Booth saya. Saya mengalu alukan kedatangan anda semua.

Kali ini tudung2 readymade saya lebih exclusive dengan pengunaan brocade2 baru dan juga pengunaan corduroy. Untuk printed saya meletakkan printed berkaki dan hanya sejambak atau sekumtum2 bunga di belakang tudung. Jua saya memilih abstrak tertentu bagi menampak kelainan dlm pemakaian tudung NuurHusna. Saya sempat menyiapkan 100 helai tudung Syria, 80 helai koleksi terbaru tudung Brocade, 80 helai tudung NuurHusna Exclusive, 10 helai tudung NuurRaudhah dan 10 tudung silang (NuurNajwa), 30 helai tudung Nuur Alesya (Scallop) – ini semua berada di Booth saya.…tidak lama lagi saya akan menghasilkan satu tudung baru...tudung NuurNaurah.

Saya juga minta maaf kepada pemborong2 tudung kerana tidak dapat melayan permintaan anda ketika ini kerana tudung NuurHusna amatlah terhad. Yang paling saya takuti adalah, saya tidak sempat menyiapkan tempahan2 anda semua. Sekali lagi saya syorkan anda, pergilah kepada blogger Tudung yg saya pamerkan disini…insyaAllah kualiti jahitan sgt memuaskan hati.

Kalau berkesempatan, saya cuba snapkan pamerkan gambar gambar koleksi terbaru tudung2 keluaran kami. InsyaAllah.

Akhirkata....Selamat Menyambut Ramadan AlMubarak....lakukanlah sesuatu dengan keikhlasan hati....kerana balasannya akan nampak jelas dibelakang hari. Moga mendapat keberkatan kehidupan pada Ramadan kali ini. Amin. Wasalam.

No comments:

Post a Comment