Kepada Pelanggan Nu'urHusna.
Walaupun anak bulan ramadan ntah mana cerok duduknya lagi, tetapi Nu'urHusna Collection sudah mula menyiapkan readymade stok utk bekalan hari raya nanti. Nu'urHusna tidak mampu lagi berdepan dengan situasi pada tahun lepas dimana seminggu sebelum hari raya, kami terpaksa menyiap berpuluh puluh helai lagi atas desakan permintaan kerana pemilik2 butik merayu...(saya jenis tak sampai hati, tapi sebenarnya keadaan itu amat menyiksa diri).
Nu'urHusna telah menyiapkan kesemua tempahan individu yg sudah tertangguh 2 bulan dahulu walaupun masih ada tempahan individu (skrg dah ada 2 pekerja 1 handle tempahan individu dan 1 handle readymade) dan sekarang hanya fokus utk readymade tudung utk pelanggan2 kami. Tambahan tahun ini, Nu'urHusna telah mempunyai butiknya sendiri dan masih menerima 3 lagi tempahan butik luar Negeri Selangor. Walaupun tudung Nu'urHusna atas label nama butik mereka tapi kami tetap mengekalkan kualiti jahitan serta material yg terbaik buat butik2 tersebut.
Pengalaman raya tahun lepas memang menjadi pengajaran buat Nu'urHusna. Lalu tahun ini, Nu'urHusna terpaksa bersedia lebih awal supaya ianya tidak berlaku lagi.
Sebenarnya Nu'urHusna ada byk readystok utk dipamerkan. Memandangkan kesebukkan dan skrg ni nak download gambar pun amik masa....Nu'urHusna tangguh sementara dahulu. Esok Nu'urHusna akan ke luar negeri utk mencari bahan material utk mencari kelainanan dari segi corak kain khas utk pelanggan Nu'urHusna. Itu effort Nu'urHusna untuk memastikan Nu'urHusna sentiasa mendapat yg terbaik, terhad dan harapan yg paling besar pelanggan Nu'urHusna sentiasa berpuas hati dengan produk2 kami
Juga dimaklumkan, sekiranya ada tempahan2 individu, anda boleh buat tempahan seawal yang mungkin kerana tahun ini, Nu'urHusna akan menutup tempahannya lebih awal.
Terimakasih atas sentiasa menyokong produk2 dari Nu'urHusna.
No comments:
Post a Comment